TAHUKAH KAMU MENGAPA UMAT ISLAM WAJIB MELONTAR BATU DI JAMRATUL ULA, WUSTA & AQABAH?

Berfikir dengan akal tentang agama kadang-kadang menyebabkan manusia tersesat.
Melontar jamrah bukanlah melaontar tiang yang tegak itu.
Tiang itu tidak lebih daripada fungsinya sebagai penanda sahaja
Yang wajib ketika melontar ialah mempastikan batu jatuh memasuki ruangan yang dilinkungi itu.
Semua tu dibuat oleh orang kemudian hanya sebagai penanda.
 
Hakikatnya melontar ketempat itu disuruh ketika melakukan haji adalah kerana mengikut amalan RasuluLLaah.
RasuluLLah telah berpesan “Ambillah amalan ibadat haji kamu dariku”
Maka apabila RasuluLLah melakukan perbuatan melontar ketempat-tempat tersebut, wajiblah kita melakukannya.
 
Jika kita melihat dari segi hikmatnya ialah mengimbas kembali tindakkan Nabi Ibrahim yang melontar syaithan yang cuba menimbulkan was-was ketika ingin melakukan perintah Allah.
 Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah “obelisk” hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Obelisk juga dikenali sebagai “cleopatra’s needle”. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.
Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih
(Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)
                                      “Jamratul”
“The obelisk symbolized the sun god Ra, or Re, and during the brief religious reformation of Akhenaten was said to be a petrified ray of the Aten, the sundisk. It was also thought that the god existed within the structure.”
Obelisk diasaskan dari “Sun Pillar” seperti ini:
                                                              “Sun Pillar”
Bentuknya boleh digambarkan sebagai satu tiang yang bersegi empat dengan piramid kecil pada puncaknya. Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:
Egypt (8 buah):
  • Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
  • Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
  • Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
  • Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
  • Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
  • Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
  • Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
  • Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m
 
France (1 buah):
  • Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris
 
Israel (1 buah):
  • Caesarea obelisk
 
Italy (11 buah, termasuk sebuah yang terdapat di Vatican City):
  • 8 di Rome
  • Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
  • Boboli Gardens (Florence)
  • Urbino
 
Poland (1 buah):
  • Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)
 
Turkey (1 buah):
  • Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul
 
United Kingdom (4 buah):
  • Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Victoria Embankment, London
  • Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
  • Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
  • Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London
 
United States (1 buah):
  • Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Central Park, New York
Ketamadunan yang terlibat dalam penggunaan obelisk ini ialah:
  • Egypt
  • Assyria
  • Axumite/Ethiopian
  • Ancient Roman
  • Byzantine
  • Keralian
  • Pre-Columbian
Obelisk aka Cleopatra’s Needle berdiri megah di:
London (kelihatan dua sphinx seolah-olah sedang “guard” obelisk tersebut)
                                               Paris, France
                                               Central Park, New York
                                   Alexandria, Egypt (dari zaman Firaun)
                           Washington Monument (mengadap Whitehouse)
                                                               Rome, Italy
                               Buenos Aires, Argentina

3 Responses

  1. assalamualaikum…
    saya keliru dengan tulisan saudara mengenai tiang jamrah ini. pada awalnya saudara mengatakan bahawa tiang jamrah itu sekadar penanda. tetapi kemudian saudara mengatakan bahawa tiang jamrah itu adalah lambang obelisk. setahu saya, tiang itu sekadar penanda sahaja, dan tidak ada kaitan dengan obelisk. saya harap tulisan ini tidak mengelirukan umat islam. umat islam wajib melontar jamrah bukan kerana ia tiang obelisk, tetapi kerana ia adalah mengikut sunnah rasulullah. dan tiang itu hanyalah sebagai penanda tempat yang perlu dilontar, dan tidak ada kaitan dengan obelisk.

  2. This design is steller! You obviously know how to keep a reader amused.

    Between your wit and your videos, I was almost moved to start my own blog (well, almost.
    ..HaHa!) Fantastic job. I really enjoyed what you had to say,
    and more than that, how you presented it. Too cool!

  3. Salam

    Tolong tambah obelisk yg ni dari Singapura. http://en.m.wikipedia.org/wiki/Dalhousie_Obelisk

Leave a comment