Antara Sabar Dan Syukur

disunting oleh Dib Mossavi

BERSYUKUR ITU SEBENARNYA LEBIH BERAT DARI BERSABAR

Firman ALLAH swt didalam sebuah hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur,

“Kalau AKU uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau AKU uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyah lah kamu dari langit dan bumi KU ini, dan pergi lah cari Tuhan yang lain.”

Diantara kedua-dua tuntutan Syukur dan Sabar ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dilaksanakan, betul tak?  Sebab dalam bersabar, hati kita perlu melalui kesusahan, kepayahan, keresahan, tekanan dan penderitaan.  Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu.  Solat fardhu tak pernah terabai, malah disulami juga dengan solat-solat sunat untuk mendapatkan perlindungan serta pertolongan NYA.  Manakala bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati berada dalam keadaan tenang, gembira dan bahagia; tidak ada tekanan atau penderitaan, menyebabkan kita lalai menyempurnakan solat 5 fardhu.  Solat-solat sunat jauh sekali.

Apakah ini benar?  Adakah bersyukur itu lebih mudah daripada bersabar?  Jika benar, kenapa ramai yang tidak mampu bersyukur?  Mengapa ALLAH swt berfirman didalam alQuran yang bermaksud :-

“Sedikit sekali dari hamba-hamba KU yang bersyukur.”  (Surah as-Saba’ :13)

Syukur yang sebenar adalah syukur yang diucapkan oleh lidah, lalu dirasakan dan ditasdikkan oleh hati, serta dilaksanakan segala suruhan ALLAH dengan perbuatan dan amalan.  Segalanya harus mendapat keredhaan NYA seperti firman ALLAH :

“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat KU walaupun sedikit, nescaya akan AKU tambahkan pemberian  nikmat-nikmat KU buat kamu …. tetapi jika kamu kufur dan mengungkit-ngungkit, ingalah bahawa siksa KU amat lah pedih”

Justeru itu, dalam bersykur sebenarnya kita ada beberapa tugas dan tanggungjawab iaitu mengurus, mentadbir dan melaksanakan nikmat ALLAH swt kerana NYA.  Sifat kita manusia ni, memang mudah lupa diri.  Kalau kita sia-sia kan nikmat ALLAH swt dan menjerumuskan diri kepada kemaksiatan, maka ‘nikmat’ tadi will be changed into ALLAH’s bala and laknat.

 Berbeza dengan bersabar, kita tidak perlu melaksanakan tugas lain selain daripada menahan perasaan, menjaga dan mendidik hati supaya menerima dugaan ALLAH swt dan berbaik sangka dengan NYA sentiasa.

Now I understand why bersyukur itu dikatakan lebih berat daripada bersabar. Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: