Sosilawati’s Murder Case – Suspects

Inikah dia “lawyer” tu?

Bekas peguam didakwa pecah amanah lebih RM200,000
Posted on January 28, 2009 by pemudasarawak

BUTTERWORTH: Seorang bekas peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan pecah amanah wang pampasan insurans milik anak guamnya sebanyak RM277,141.61 kira-kira lapan tahun lepas.

Pathmanathan a/l M.Kumarasamy, 40, yang menetap di Kuala Lumpur, didakwa gagal menyerahkan wang pampasan itu kepada AVR Menon antara 8 Dis dan 19 Disember 2001.

Sebagai peguam yang dilantik menjadi pemegang amanah wang berkenaan oleh Menon, dia dituduh melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang itu dengan gagal menyerahkannya kepada anak guamnya.

Kesalahan menurut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan di pejabat Tetuan Mawar, Nathan & Co di Jalan Todak 3, Pusat Bandar Seberang Jaya. Tertuduh kini merupakan seorang pensyarah sambilan selepas berhenti menjadi peguam pada tahun 2003.

Penolong Pendakwa Raya Khairul Anuar Ahmad menawarkan jaminan RM50,000 kepada Pathmanathan sementara menunggu tarikh perbicaraan memandangkan kesalahan yang dilakukannya itu serius dan melibatkan jumlah wang yang besar.

Bagaimanapun, tertuduh yang mewakili dirinya sendiri memohon supaya jumlah jaminan itu dikurangkan kepada RM15,000 berikutan beliau terpaksa menanggung kedua-dua ibu bapa yang sakit dengan pendapatan sebanyak RM4,000 sebulan sebagai pensyarah sambilan.

Sambil memohon agar pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah kerana ini akan menjejaskan pekerjaannya sebagai pensyarah di luar negara, Pathmanathan memberi jaminan bahawa beliau akan hadir pada setiap prosiding dan tidak akan melarikan diri.

Pathmanathan juga meminta agar mahkamah memberikannya masa sekurang-kurangnya empat bulan sebelum tarikh perbicaraan bagi membolehkan dia menyediakan pembelaan memandangkan kes itu didakwa dilakukan pada 2001 tetapi laporan polis dibuat pada 2004 dan dia hanya ditangkap dua hari lepas.

Hakim Amernudin Ahmad kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan pada 28 dan 29 Mei ini serta mengingatkan tertuduh supaya menghadiri setiap prosiding. – Bernama

ANGGOTA polis dari Jabatan Forensik melakukan siasatan pada bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi di Sungai Kancong Laut dekat Banting, hari ini. Keempat-empat mereka dipercayai dipukul sehingga mati sebelum dibakar di sebuah ladang ternakan ayam dekat sini dan abu mayat dibuang di sebuah sungai di Tanjong Sepat, Morib. – Foto Mohd Yusni Ariffin
Sep 12, 2010 8:01 pm

Anggota polis unit skuba bersiap sedia untuk menyelam ke dalam sebuah anak sungai Kancong Laut yang dipercayai tempat pembuangan abu mayat pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat dekat Morib di Banting, Ahad. – Foto BERNAMA

2 Responses

  1. di mnkh tltak nya sfat prikmsiaan mrka shgga tega mlkukan pbnhan yg plg kjam dan tnpa blas kasihan..swajar nya mrka mnerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka itu…!!!!!

  2. Polis mesti siasat kes ini dgn penuh sabar, berhati hati dan teliti. Mohd Shafiq bukan seorang kontractor atau businessman . Dia adalah salah seorang upahan kedua peguam tersebut. Isterinya samsoon nahar berbohong konon tidak kenal kedua peguam itu. Polis mesti siasat bagaimana Mohd Shafiq mampu memiliki wang beratus ribu dalam bank, rumah banglo bernilai RM259000/- dalam tempoh masa yg singkat after all he was only working as a despatch clerk. Shafiq is from TgRambutan Ipoh Perak and wasliving a gangster life. Police must freeze account Mohd Shafiq and Samsoon Nahar and siasat how they got begitu banyak wang dan dari mana? I strongly suspect both husband and wife are involved in Datuk Sosilawati’s case. Where did they got the money to purchase a house worth RM250000/- dgn “CASH” . Polis kena siasat ini semua!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: