HAITI EARTHQUAKE – More pictures …

There are reports of a substantial number of deaths in Haiti after Tuesday’s devastating earthquake.

The epicentre of the magnitude 7.0 quake was near the densely populated Haitian capital, Port-au-Prince.

The first pictures to emerge after sunrise on Wednesday showed streets strewn with bodies and the rubble of destroyed buildings.

Witnesses have reported people crying out from beneath the rubble, but with no sign of any significant rescue effort so far. The Red Cross has warned that it will be extremely difficult to provide emergency aid.

The civilian head of the United Nations peacekeeping mission is missing and feared dead along with many other people at the UN headquarters.

The presidential palace was badly damaged, but the Haitian ambassador to Mexico said President Rene Preval had survived.

PENGAJARAN PENTING

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” [Surah at-Taghabun:11]

Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa takut dan mempunyai kesedaran ke hadrat Allah SWT dan berserah kepada takdir yang telah berlaku di sekeliling kita. Gempa bumi menukarkan keselamatan kepada ketakutan, kaya kepada miskin, mengakibatkan anggota keluarga terpisah dan menukarkan hidup kepada mati. Tanpa syak, ia merupakan satu pengajaran dan satu peringatan kepada mereka yang beringat, agar mereka akan kembali kepada Tuhan mereka dan Pencipta mereka.

Rasulullah SAW telah memberitahu kepada kita bahawa gempa bumi adalah merupakan salah satu daripada tanda-tanda kiamat. Baginda memberitahu kita bahawa gempa bumi akan lebih banyak berlaku pada hari-hari terakhir bumi ini. Ahmad mengatakan dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga ilmu diangkat, masa berlalu dengan cepat, gempa bumi akan meningkat, munculnya fitan dan al-Harj akan meningkat. Para sahabat bertanya: “Apakah al-Harj, Ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Al-Qatl (pembunuhan)”. Dan dalam satu lagi hadith ketidakadilan dan penindasan dalam masyarakat dikaitkan dengan hukuman daripada Allah SWT seperti gempa bumi, kemusnahan tanaman oleh serangga dan banjir.

Allah SWT berfirman: “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah  sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” [Surah al-Baqarah:214]

Allah SWT telah meminta agar kita bersabar menghadapi ujian dari-Nya dan meneruskan perjuangan untuk menjadikan Islam sebagai satu ideologi yang menyeluruh dan Allah SWT memberi jaminan bahawa kesabaran merupakan kemenangan yang paling besar, Insya Allah.

Tidak kira apakah bentuk kekufuran yang mereka lakukan, yang pasti ialah hukuman daripada Allah SWT di atas kekufuran mereka.  Gempa bumi merupakan amaran daripada Allah SWT, bukan sahaja kepada mereka yang berada di kawasan tersebut, tetapi juga kepada seluruh umat manusia dan terutamanya kepada mereka yang mengaku Islam, bahawa mereka haruslah kembali kepada Tuhannya dan Ad-Deennya iaitu Islam. Ramai dari kalangan umat Islam pada hari ini telah melakukan begitu banyak dosa dan ada diantara dosanya termasuk dosa-dosa besar, yang boleh membawa mereka terkeluar dari lingkungan Islam, manakala ada yang secara tidak sedar menjadi kufur. Kita melihat mereka yang melengah-lengahkan dan ada yang meninggalkan solat, memakan makanan dan meminum minuman yang haram, mengamalkan riba, tidak menunaikan amanah, melakukan kerja-kerja mungkar dan mencegah yang ma’aruf, memerintah dengan menggunakan undang-undang kufur, menyokong dan membuat alasan bagi pemerintah mereka yang murtad dan kerajaan  mereka di bumi umat Islam, menyekutu sesuatu dengan Allah SWT samada dari nama-Nya, sifatnyanya dan perbuatannya, pergaulan bebas, mendedahkan aurat mereka, mendengar musik dan lagu atau mennton filem yang melalaikan dan maksiat, meninggalkan al-Quran dan Sunnah. Kesemua ini telah lama wujud dalam masyarakat kita.

“Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat merintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?” [Surah al-Mulk 67:16-17]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: