Ma’al Hijrah – Tazkirah Diri

Assalamualaikum kepada semua, terutama anak-anak mama yang tersayang …..


Sedar tak sedar, dah masuk Tahun Baru Islam sekali lagi ……. 1431 ….. dan kadang-kadang kita masih lagi sibuk memikirkan apa yang berada di sekeliling kita. Kita asyik nak orang lain berubah.

Ada masa-masanya kita nak kan sesuatu tu sangat-sangat, tetapi tidak
kesampaian. Kita nak negara berubah lah. Kita nak abang adik kita berubah lah, kita bercita-cita nak suruh cikgu berubah sikap lah, nak suruh bos baik dengan kita lah, tetapi malangnya kan, ahli keluarga terdekat sendiri kita tidak mampu nak ubahkan sikap negatif diorang.

Kenapa ye agaknya? Antara sebabnya mungkin kita tidak pernah memberi masa bersungguh-sungguh untuk mengubah diri dan mengenal siapa diri kita sendiri yang sebenarnya.

Saya terbaca artikel yang mengatakan bahawa “rahsia” mengubah orang ialah dengan mula-mula sekali, mengubah diri kita sendiri. Betapa besar pun hasrat kita untuk orang lain berubah, selagi kita sendiri masih malas, tak kisah dan ikut kata hati sendiri je, orang lain pun jadi macam kita – malas dan menghampakan.

Silap-silap haribulan,  hasrat untuk mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan kata “Pi la dia tu, cakap je lebih, buat tak. Pas tu ada hati lak nak nasihatkan orang lain!”

Sebagai perbandingan elok juga kita fikirkan hal ini secara serious sebab kita semua dah dewasa. Kalau kita nak orang respect kita sebab kita dah dewasa, kita sendiri kena paparkan sikap matang kita, baru adil.  Umpamanya, kalau kita nak bina rumah, apa guna rancang nak beli dinding, pintu dan atap cantik sedangkan tanah tapak nak bina rumah pun tak ada!! Lu pikir la sendiri …………. hehehehe

“Mulakan dengan dirimu,” kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah tetapi berapa ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.

Ramai orang berani melihat kekurangan orang tetapi jarang orang berani membincangkan kelemahan diri sendiri.

Sebenarnya mengubah diri dengan penuh sedar adalah salah satu cara kita membantu orang lain berubah. Walaupun kita tidak berkata sepatah kata
pun, tetapi tanpa kita sedari, sikap baik kita itu menjadi contoh ikutan oleh rakan-rakan kita. Wow besar nya pahala yang kita dapat tu!

Memang pengaruh dari kegigihan mengubah diri tidak akan spontan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan memberi kesan yang amat sangat dalam minda orang lain.  Dan lama-kelamaan, orang akan bersimpati dan terdorong juga untuk berubah sama.

Step-step untuk berubah demi kebaikan diri kita supaya orang respect kita:-

Pertama:     Mulalah dengan mengubah diri sendiri dulu. Macam mana nak ajak orang lain berubah sedangkan kita sendiri tak berapa betul. nanti jadi lak macam ‘ketam mengajar anak berjalan betul’ ……. cakap tidak serupa
bikin.

Kedua:      Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil-kecil. Perkara yang kecil-kecil kalau dijadikan tabi’at akan membantu dan memudahkan kita untuk melakukan perubahan positif yang lebih besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Sebaliknya pulak perkara baik walaupun kecil jika selalu diabaikan nanti berjangkit yang besar pun akan mudah diingkari dan akan timbul lah penyakit “malas”.

Ketiga:      Mulakan sekarang (Do it now). Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil-kecil akan jadi besar jika dibiarkan.

Keempat:      Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu untuk melakukan kebaikan jika tidak dipaksa nanti jadi degil.  Mengapa ek? Sebab …….. syaitan dah siap-siap hasut kita ……

Kelima:      Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam:      Kena ulang dan ulang dan ulang dan ulang danulang kebaikan sehingga sebati dengan diri. Wassalam …….

Jadikan amalan tegur-menegur sesama sendiri untuk kebaikan bersama, dunia & akhirat insha’allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: