Fitnah & Mengadu-domba

Dear Diary,

bismillah

Terlebih dahulu izinkan akak merendahkan diri terhadap Allah swt sebelum membicarakan perihal isu-isu yang telah menjadi punca rosaknya silaturrahim sesama kita. Akak juga merasakan, penulisan akak yang lahir dari hati ini dapat memberikan gambaran yang menyeluruh dan mendalam tentang keadaan sebenar hati nurani kami bertiga, kerana adakalanya “berbicara melalui pena dapat menyampaikan hasrat dengan lebih efektif” kerana setiap patah perkataan dapat di susun dengan sempurna tanpa diiringi sebarang nada suara yang tidak selesa dan akhirnya disalah tafsirkan sebagai “beremosi”.

 

Atas sebab-sebab peribadi yang cuma sang empunya diri sahaja yang mengetahui niat serta tujuan dan tindak-tanduk beliau/mereka itu, tanpa memikirkan akibat serta implikasinya kepada saudara/rakan/jema’ah yang lain, maka dengan rasa rendah dirinya izinkan akak membuat kesimpulan berikut bagi pihak rakan/saudara lain yang sama merasakan diri mereka telah dizalimi termasuk diri akak sendiri.

 

Antara beberapa punca yang telah memungkinkan atau menjadi sebab mengapa kami yang telah dianiaya ini, mendapati sukar untuk berhadapan dengan beliau/mereka tanpa disaksikan oleh khalayak jema’ah rakan yang lain :-

a)      Luka nurani yang terlalu parah, akibat dari keceluparan bicara beliau/mereka mengenai kami kepada khalayak rakan yang lain;

b)      Di zalimi dengan fitnah, tohmahan serta di adu-dombakan dengan jemaah rakan yang lain tanpa sebarang pembelaan dari diri kami sendiri mahu pun dari pihak jemaah rakan yang mungkin telah diracuni fikiran dan perasaan mereka (wallahualambissawab);

c)      Didendami dgn perasaan negative yang berpanjangan oleh beliau/mereka terhadap mana-mana individu (termasuk kami mungkin) yang cuba memberi teguran membina, sehingga ada diantara jema’ah rakan yang terpaksa berpura-pura memberi sokongan kepada beliau/mereka kerana dikhuatiri akan didendami atau dipulaukan, sepertimana yang telah berlaku pada kami;

d)      Keegoan beliau/mereka yang tidak bertempat dan ber-etika;

e)      Merasakan diri beliau/mereka tidak bersalah atau membuat silap;

f)       Sifat beliau/mereka yang berprasangka yang tidak baik sebelum menganalisa seseorang atau sesuatu keadaan itu.

 

Manakala menyentuh tentang BizTagClub ……….. ia merupakan cita-cita dan impian akak selaku moderator Mossavi Model blog untuk menrealisasikan nya sejak dari sebelum akak bertemu dengan jemaah rakan yang lain dari TAGGED.  Ia langsung tidak ada kaitan dengan segala permasalahan jemaah rakan TAGGED atau sebarang niat jahat yang telah di salah tafsirkan oleh pihak-pihak tertentu.  Setiap prosedur BizTagClub dari penubuhannya, sehingga lah kepada urusan-urusan resmi pendaftaran, serta perancangan-perancangan yang lain adalah idea yang telah tercetus sekian lama …… dan rupa-rupanya Allah telah hikmahkan kejadian pahit tersebut diatas sebagai “penyebab” untuk akak menguatkan semangat dan membuktikan kebolehan akak untuk “survive” bersama mana-mana rakan jemaah yang lain yang memahami erti keikhlasan dan pengorbanan, ketika akak dikelilingi oleh pihak yang tidak senang lantas mengambil kesempatan untuk menimbulkan fitnah yang baru …… wallahualam.

 

Sebagai muhasabah diri dan peringatan kepada kita semua –

Kesalahan menyakiti hati dan perasaan orang lain dan berbangga dgn perbuatan tersebut di khalayak jemaah rakan yang lain, hendaklah beliau/mereka meminta maaf terhadap orang-orang yang telah disakiti dan dizalimi itu, di khalayak jemaah rakan yang sama yang telah beliau/mereka pengaruhi tadi.  Hendaklah ia meminta maaf kepada jemaah rakan yg telah dizalimi dgn lidahnya (seperti memfitnah tanpa saksi), atau dengan perbuatannya (seperti memalingkan muka ketika rakan/saudara menghulurkan tangan untuk bersalaman) dengan memperbanyakkan kebaikan, kerana kebaikan tersebut akan dikira oleh para malaikat sebagai penebus kesalahan beliau/mereka menzalimi saudara lain. Kemudian tentang qishah dan had qadzaf (menuduh zina orang baik-baik), harus diteliti orang yang berhak yang telah dizalimi itu.

doa-selamat-dari-fitnah

terjemahan-doa

6 Responses

  1. “Kesalahan menyakiti hati dan perasaan orang lain dan berbangga dgn perbuatan tersebut di khalayak jemaah rakan yang lain, hendaklah beliau/mereka meminta maaf terhadap orang-orang yang telah disakiti dan dizalimi itu, di khalayak jemaah rakan yang sama yang telah beliau/mereka pengaruhi tadi. ”

    Aunty, kita serupa. Ini bukan hal ego. Ini adalah hal maruah. Kita bukan murahan untuk dipijak-pijak. Orang yang membuat salah harus BERANI menghadapi kesalahan itu. Kita mahu mereka meminta maaf secara ikhlas di hadapan kita (sekiranya mampu) dan bersaksikan rakan-rakan mereka yang menyokong mereka.

    Yang peliknya, sudah jenuh kita bagi hint, sama ada kasar atau tidak, supaya mereka melakukan sedemikian. Tapi apa yang mereka lakukan hanyalah BERDIAM DIRI terhadap hal kesalahan mereka tetapi terus memutar belit pelbagai jenis kesalahan yang LANGSUNG TIADA KAITAN dengan konflik yang berlaku. Bagi mereka, sebut sahaja kesalahan-kesalahan kita. Kalau ada sepuluh, keluarkan semuanya. Tidak perlu berhujah. Tutup terus pintu hujah. Apabila kita mempersoalkan KEY POINT TERHADAP KONFLIK ini, yang sememangnya KESALAHAN MEREKA, mereka akan ‘menunduk’ diam, langsung tidak mahu membincangkannya dengan alasan ‘YANG LEPAS TU LEPAS LAH.’

    Aunty, be strong. Me myself dulu dah penat menangis. Macam orang bodoh. Lelaki yang menangis. Lelaki memang sukar menangis. Tapi apabila sudah menangis, itu sudah perkara luar biasa. Itu sudah kes luka teruk.

    For me, personally, I don’t wanna end up these things. I’m gonna fight until I die. I don’t bloody care if anyone of them barked something incoherent just to stop me from doing this because I know they are coward. You know what? Saya round KLIA-LCCT tu TIGA KALI tanpa putus asa untuk cari boyriend bekas kekasih saya tu. Dulu dia bukan main berani sembur saya dengan api. Kononnya nak jumpa kat satu tempat, nak settle secara gentelmen. Die bagitau saya ni ‘loser’ lah, apa lah…

    Last2, haaa, muka ‘loser’ ni duk pegi jalan cepat-cepat pegi dekat dia, bagi salam dengan nada tegas, duduk sebelah dia. Dia bukanlah hebat yang disangkakan. Dia hanya mampu tersengih. Sempat lagi berlakon – “Eh, kat mana kita jumpa ya? Eh… Dah lupa dah…” sambil tersengih-sengih. Saya tak jadi nak pukul dia, sebab time tu ramai orang. Kat LCCT pulak tu.

    Saya sendiri yang korek perkara-perkara ni dari mulut dia, dan apa yang saya dapati hanyalah COMPLETELY DEFIANT STATEMENTS dibandingkan dengan bekas kekasih saya tu. Bodoh tak habis-habis.

    Aunty, saya takkan berhenti. Saya hanya hibernate sahaja pada waktu ini. Saya akan gembira sekiranya saya dapat capai salah satu daripada 2 option di bawah:

    (1) Dapat rampas semula si Dia. (agak mustahil)
    (2) Dapat membuat si Dia memohon maaf seperti di atas.

  2. takpe aunty, what goes around, comes around.🙂

  3. PokDeng, Temi,
    Thanks for all your moral support …. insha’allah Aunty want to make things happen for the betterment of me and my kids especially, and the society around me … I already hv parties engaging my club for numerous events planned for next year, with cash sponsorships pulak tu🙂 alhamdulilah sgt2. Allah jua Maha Mengetahui semua yg hamba2Nya tidak tahu. Kata orang2 alim, selama mana musuh menzalimi kita, selama itulah juga Allah mengutuskan malaikat untuk melindungi kita dengan syarat, kita yakin dgn kehendak NYA …. samaada hal2 yg menggembirakan, mau pun musibah yg mempunyai hikmah nya yg tersendiri. I want to convey to all the young executives yg dok support akak selama ini, with my mission statement may it be in career or personal life – “WHENEVER THERE IS GOODWILL, EVERYTHING ELSE SHALL PREVAIL INSHA’ALLAH” – Aunty/Kak Mossavi

  4. fitnah kadangkala sudah menjadi biasa bagi sesetengah org…sy juga mangsa fitnah dunia.. sy sering diuji dengan fitnah..alhamdilillah ALLAH masih memberi kekuatan kepada sy.. satu banda yang ingin sy ingat kan kepada pembaca dan diri saya.. jika kita mengejar redha manusia redha itu hanya sementara..
    tapi jika kejar redha ALLAH insyaallah ia akan berkekalan…lakukanlah setiap kebaikan hanya kerana ALLAH….

  5. Saya juga telah mengalami perkara yang sama dimana seorang hamba allah telah mengadu domba dan menyebabkan perikatan kami pecah. Dan mereka boleh percaya pada sipegadu domba tanpa ada sebarang usul periksa.

    Walaupun saya telah memperkatakan tentang kebenaran, mereka tidak mahu mendengar… kerana mereka telah setkan mind depa untuk tidak mempercayai apa yang saya katakan.

    Saya redha dengan apa yang terjadi dan percaya bahawa ini semua ketentuan Illahi. Ada rahmat disebalik semua ini.

    Dari sini saya belajar, jangan sesekali mengharap pada manusia. Hanya pada Allah sahaja yg patut kita mengharap.

  6. That is very bad that Dajjal is born in Israeal.I think that
    world will be finished by him..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: