Pen “Skodeng”

penskodeng
KUALA LUMPUR – Jangan terkejut jika gambar anda disebarkan melalui internet tanpa menyedari bila diambil kerana teknologi terkini telah membolehkan rakaman dibuat menggunakan sebatang pen dakwat yang kini telah berada di pasaran.
Pen yang dinamakan sebagai ‘Pen Skodeng’ di kalangan pelajar sekolah itu dijual di beberapa tempat selain melalui internet pada harga RM500 dan sambutannya dikatakan amat menggalakkan.
Dengan membawa pen tersebut, segala gambar boleh dirakamkan secara sembunyi tanpa disedari oleh mangsanya.
Lebih malang lagi, pen tersebut disalahgunakan untuk tujuan yang tidak elok.
‘Pen Skodeng’ juga boleh merakamkan audio dan visual dengan hanya meletakkannya pada poket baju seperti pen biasa tanpa menimbulkan syak.
penskodeng-2
Apa yang membimbangkan, kebanyakan pembelinya pula terdiri daripada golongan remaja dan pelajar sekolah biarpun harganya mampu mencecah ratusan ringgit di pasaran.
Salah seorang penggunanya yang dikenali sebagai Azmi, 20, berkata, dia mengetahui penjualan ‘Pen Skodeng’ ketika berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah beberapa bulan lalu.
“Kebiasaannya, gajet sebegini hanya boleh dilihat melalui siri-siri penyiasatan popular seperti Mission Imposible atau James Bond, namun kini ia boleh didapati dengan mudah di negara ini,” katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.
Seorang lagi pemilik pen ini, Zamri, 25, berkata, tujuannya membeli hanyalah untuk kegunaan sendiri.
“Saya anggap ini sebagai teknologi canggih yang perlu dijadikan koleksi kerana ia ada lensa yang mampu merakamkan imej berwarna dengan resolusi saiz 0.3 megapiksel di samping bunyi dari jarak sejauh lima meter,” ujarnya.
Tambah Zamri, dia dan rakan-rakannya berkesempatan menguji keberkesanan pen berkenaan dengan merakamkan pelbagai aksi tersembunyi di tempat-tempat awam tanpa disedari.
Azmi memberitahu, ada antara rakan-rakannya itu yang meminjam pen tersebut semata-mata mahu merakamkan aksi panas tanpa pengetahuan pasangan masing-masing.
penskodeng3

3 Responses

  1. nice information

    thanks for sharing
    300allpctips
    http://300allpctips.blogspot.com

  2. “Merakam 12 jam tanpa henti” tapi “bateri tahan 2 jam” je?

  3. cam mana nak beli pen nie yer
    saya berminat nak dapatkan

    sesiapa yang ada maklumat dimana boleh beli sila hubungi saya yer

    0128183035

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: