Wanita vs Lelaki


Benar kata2mu itu, memang wanita digalakkan belajar memasak kerana petua orang tua kita dahulukala, antara cara paling mudah nak mengikat kasih seorang suami terhadap isterinya adalah dengan air tangan si isteri, tapi si suami kena ingat , tanggungjawab memasak, membasuh baju, menyidai baju, mengemas rumah bukanlah tgjwb mutlak seorang isteri, tetapi adalah tgjwb seorang suami dan suami harus bijak menangani masalah ini sama ada dengan persetujuan dengan si isteri ataupun dengan mencari pmbantu rumah…bagi menggelakkan masalah timbul dalam rumahtangga kita, ini petua yang boleh di amalkan kalau inginkan suami menjadi imam solat dan imam rumahtangga…LELAKI PERLU MENJADI IMAM.

 ” Ar rijal qawamuna alannisa'” …”Lelaki adalah pemimipin ke atas wanita…”

Lantas, hendakkan suami yang beriman dan bertaqwa….jangan malu dan takut menguji dan terus menegur lelaki yang disayangi supaya menjadi mukmin yang sejati dan jangan kita bersama2 merelakan berlaku kemaksiatan dalam hidup kita bersama dia,

PETUANYA…….

  • Kenali lelaki kerana agamanya bukan kerana hartanya, pangkatnya dan kedudukannya, ni tak pantang tgk lelaki naik mercedes, fuyo fuyo fuyo…..dia naik mercedes satu rahmat, tapi uji dengan keimanan..bagaimana nak tgk agamanya, apabila dia bercakap dengan kita, dia menjaga tatasusila pandangannya, perlakuannya dan percakapaannya, menjaga solatnya tanpa hipokrit, menjaga amalan sunatnya, mengajak kita kepada kebaikan, sbg contoh, sayang, kalau sayang pakai tudung, manis rupanya…jangan marah pula kalau lelaki yang kita minati menegur kita dengan cara penuh berhemah…sebaliknya bersyukur kerana ada lelaki sanggupp membawa kita ke jalan Allah
  • Setelah dikenali, jangan lupa untuk merisik, dapatkan latar belakang dirinya daripada kawan2nya, adik beradik kandungnya, keluarganya dan tak salah andai kita sendiri yang menjadi perisik,,, dapatkan maklumat kehidupannya yang meliputi agamanya dan akhlaknya, andai dia pernah terlibat dengan arak dan memang dia benar2 bertaubat, tak salah kita memberi peluang kepadanya untuk bertaubat, kita perkuatkan lagi taubatnya dengan akhlak dan agama kita pulak.
  • Setelah yakin dengan lelaki tersebut, jangan lupa untuk membuat solat sunat hajat dan istikharah sehingga yakin dengan ketentuan allah dalam menentukan jodoh kita, pinta agar ibu kita juga sama2 mendoakan jodoh kita dengan pilihan kita.
  • Setelah allah memberi petunjuk dengan penuh keyakianan, bawalah dia dengan memperkenalkan dia kepada ibubapa kita..ingat, jangan kata i love u lagi tau….sabar dulu…maruah kena jaga…apabila dibawa kepada ibubapa kita, kemungkinan ini yang akan dilakukan oleh ibubapa kita bagi menilai bakal menantunya:

– Melihat ketika dia masuk ke rumah

– Melihat ketika dia dimeja makan

– Melihat ketika dia berbual dengan orang tua

– Mengajak dia mendirikan solat dan mungkin mneyuruh dia menjadi imam

  • Setelah diperkenalkan kepada kedua ibubapa kita dan ibubapa kita telah bersetuju dengan pilihan kita, jangan ditunggu lama2, teruskanlah dengan mendirikan rumahtangga andai berkemampuan, dan seandainya tidak berkemampuan, jangan hampiri zina dan maksiat..kalauboleh nak keluar bersamanya, ajak teman atau adik beradik kandung kita, andai dia lelaki yang mukmin sejati, dia tidak membantah bahkan menggalakkannya
  • Betulkan niat supaya perkahwinan yang bakal kita bina adalah semata2 kerana mencari keredhaan allah bagi menggelakkan dan melindungi kita daripada kemaksiatan dan kemungkaran… jangan takut mengatakan, jika u sentuh i lagi, i minta putus..kerana dia tidak menghormati kita, tidak menjaga maruah kita dan tidak melaksanakan perintah allah taala..inkah suami anda? renungkan…jangan takut, jodoh anda dah ditentukan oleh Allah, hanya perlu berusaha mencari dan berdoa disamping menjaga amalan ibadat kita seharian…


Wallahualam …..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: