GABEM – Konvensyen Ekonomi Bumiputera 2008

Konvensyen anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia.

Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) akan menganjurkan KOnvensyen terbesar yang akan menggabungkan kekuatan ekonomi Melayu. Konvensyen Ekonomi Bumiputera 2008 (KEB2008 ) yang akan diadakan pada 18 & 19 Julai ini membariskan panel-panel yang berkaliber didalam pelbagai sektor ekonomi, antaranya Presiden Persatuan Pekilang-Pekilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) YM. Dato Raja Nong Chik Dato’ Raja Zainal Abidin.

Konvensyen yang akan berlangsung di Dewan Tun Ismail PWTC selama dua hari itu akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia akan membincangkan pelbagai isu yang dialami oleh pengusaha bumiputera merangkumi pelbagai sektor seperti perkhidmatan,pertanian, dan perkilangan.

KEB2008 adalah anjuran bersama PEMUDA UMNO Malaysia dan sokongan bersama pelbagai agensi kerajaan antaranya Unit ICU Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dan Kementerian Pertanian Malaysia.

Para usahawan Bumiputera dijemput hadir pada Konvensyen yang bermula pada 8 pagi hingga 6 petang. Masuk adalah percuma. Untuk keterangan lanjut, layari web http://www.gabem.org.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: