Price Hike – Ubah Cara Hidup Anda!

Tengah tension, nak relax sekejap …..

Oleh sebab harga minyak naik, sekaligus menaikkan harga yang lain-lain, samada yang berkaitan maupun yang tidak. Berikut beberapa cara untuk berjimat-cermat mengikut seruan kerajaan – Change Your Lifestyle ……

width=

BAB KENDERAAN

  1. Sapa-sapa yang macho yang naik kereta CC besar, bolehlah tukar kereta CC kecil.
  2. Sapa-sapa yang naik Kancil tu, bolehlah tukar motor.
  3. Sapa-sapa yang naik motor tu, bolehlah tukar basikal.
  4. Sapa-sapa yang naik basikal tu, bolehlah jalan kaki je.
  5. Sapa-sapa yang dah penat jalan kaki tu, tumpang-tumpang lah kereta jiran lak.
  6. Sapa-sapa yang asyik menumpang je, tak tahan malu, silalah rujuk balik pada numbor 1 (hehehe)

BAB PENGGUNAAN LETRIK
width=

  • Jangan bayar bil anda, biar diorang potong. Bulan depan takyah bayar bil apa-apa pun.
  • Jual semua barang letrik. Takde alasan untuk sambung letrik.
  • Pakai lilin/unggun api bila malam. Ini pun strategi bagus untuk mengeratkan ‘silatur-rahim’ suami isteri.
  • Kalau perlukan lampu gak, guna je lampu basikal. Tapi kena exercise sikit la kayuh basikal for the dynamo to light up the lampu. Kalau malas, suruh hamster lari atas wheel and attach a dynamo to it. 
  • Buat aktiviti2 malam seperti lipat kain ditempat awam yang ada street light. Kalau tak cukup terang, gi lipat kain kat Dataran Merdeka atau Dataran Masjid Putrajaya.
  • Bateri handset low? No problem. Pastikan bawa charger ke mana-mana. Office, Conference Room, kedai mamak, ‘bilik termenung’, dll.
  • Nak tengok TV? Gi rumah jiran or kedai mamak. Nak lagi besar? Gi ke Dataran Merdeka.

BAB MAKAN
width=

  • Tanam tanaman yang boleh dimakan disekeliling rumah anda. Takde tanah? Tanam dalam pasu, letak dalam rumah. Biar berserabut.
  • Guna dapur kayu api atau dapur minyak tanah. Kalau larat, makan mentah pun ok gak.
  • Ganti beras dengan ubi kayu lak. Ubi kayu senang nak tanam keliling rumah.
  • Malam jumaat gi baca yassin/tahlil kat surau/masjid. Paling koman pun, mesti dijamu nasi lemak bungkus dengan pisang.
  • Kalau VIP or YB buat jamuan, bawak tupperware, tapau untuk next meal. Kalau YB tanya, tell him ikut seruan kerajaan “Changing lifestyle”. Secara tak langsung, YB happy sebab rakyat ikut seruan kerajaan.
  • Hari-hari makan nasi lemak bungkus yang RM1 tu (kalau ada lagi dijual la). RM1 x 3 kali x 365 hari = RM 1095 ….. wuuuiiiii save giler tuh!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: