DOA DALAM SUJUD

Soalan:
Assalamualaikum  

 BAGAIMANAKAH CARANYA KITA BERDOA DI DALAM MASA SUJUD? ADAKAH BOLEH KITA MENGELUARKAN SUARA ATAU HANYA BACA DALAM HATI? Apakah contoh doa?

Jawapan:  
Sabda Nabi saw; “Saat paling hampir seorang hamba dengan Allah ialah ketika dia sujud. Maka banyaklah berdoa ketika sujud” (HR Imam Muslim).  

1. Ketika sujud itu harus berdoa dengan apa sahaja doa asalkan yang pohon adalah perkara yang tidak dilarang oleh syarak. Jika doa itu dalam bahasa Arab, harus ia dilafazkan oleh lidah sekalipun doa itu bukan yang maksur. Cuma hendaklah lafaz itu diperlahankan kerana bacaan ketika sujud tidak sunat diperdengarkan. Adapun dalam bahasa lain tidak harus dilafazkan oleh lidah. Memadai dengan berdoa di dalam hati sahaja kerana bahasa yang diharuskan di dalam solat hanyalah bahasa Arab sahaja.

2. Oleh kerana Nabi saw menyebutkan sujud di dalam hadith di atas secara umum (tanpa menghadkan pada mana-mana sujud), maka galakan membaca doa ketika sujud itu merangkumi semua sujud di dalam solat.  

3. Di antara doa yang pernah dibaca oleh Nabi saw di dalam sujudnya ialah;  
اللَّهُمَّ   اغْفِرْ   لِي   ذَنْبِي   كُلَّهُ   دِقَّهُ   وَجِلَّهُ،   وَأَوَّلَهُ   وَآخِرَهُ،   وَعَلاَنِيَتَهُ   وَسِرَّهُ  
“Ya Allah, ampunilah dosaku semuanya sama ada yang kecil dan yang besar, yang awal dan yang akhir, yang terang dan yang tersembunyi” (HR Imam Muslim).  
اللَّهُمَّ   أَعُوذُ   بِرِضَاكَ   مِنْ   سَخَطِكَ،   وَبِمُعَافَاتِكَ   مِنْ   عُقُوبَتِكَ،   وَأَعُوذُ   بِكَ   مِنْكَ،   لاَ   أُحْصِي   ثَنَاءً   عَلَيْكَ،   أَنْتَ   كَمَا   أَثْنَيْتَ   عَلَى   نَفْسِكَ  
“Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu, aku berlindung dengan keampunanMu dari balasanMu, aku berlindung denganMu dariMu. Tidak terhitung olehku akan pujian yang sepatutnya aku ucapkan untukMu. Engkau adalah sebagaimana yang Engkau sanjungi ke atas diriMu sendiri” (HR Imam Muslim).  

Wallahu alam.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 466 other followers

%d bloggers like this: